NSFC SUDAH TAWARKAN KONTRAK, NAMUN A.SELVAN MAHU CUBA “ANGIN BAHARU”

Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Selvan Anbualagan, yang bakal menamatkan perjalanan sembilan tahunnya bersama skuad Hobin Jang Hobin selepas kontraknya berakhir pada penghujung Mei ini.

Perlawanan menentang Kelantan TRW di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu ini bakal menjadi pentas “The Last Dance” buat pemain bernombor 16 itu bersama pasukan yang telah dibelanya sejak usia remaja.


Selvan bukan sekadar pemain biasa dalam sejarah moden Negeri Sembilan FC. Beliau merupakan antara produk pembangunan kelab yang berjaya menembusi skuad utama selepas melalui perjalanan panjang bermula dari pasukan B-18.


Sepanjang hampir sedekad bersama NSFC, Selvan menyaksikan sendiri turun naik pasukan daripada fasa pembangunan semula sehingga kembali bersaing di pentas utama bola sepak negara.


Pihak kelab turut menyeru penyokong setia Hobin Jang Hobin untuk hadir ke Stadium Paroi bagi memberikan penghormatan terakhir yang selayaknya kepada Selvan dalam penampilan terakhirnya bersama NSFC

Post a Comment

Previous Post Next Post