
DPMM FC mengumumkan perpisahan dengan tiga pemain iaitu Ramadhan Sananta, Michel Americodan Najib Tarif sebagai sebahagian daripada perancangan semula skuad menghadapi musim baharu.
Sananta kembali ke Indonesia selepas membuat 16 penampilan dan menjaringkan dua gol bersama DPMM FC. Pihak kelab turut merakamkan penghargaan atas khidmat pemain muda itu dan tidak menolak kemungkinan untuk melihatnya kembali beraksi bersama DPMM pada masa hadapan.
Sementara itu, penjaga gol Brazil, Michel Americo, meninggalkan pasukan selepas hanya membuat dua penampilan akibat persaingan sengit di posisi penjaga gol utama yang dikuasai Haymie Nyaring.
Dalam perkembangan sama, DPMM FC turut menzahirkan penghargaan istimewa kepada Najib Tarif yang telah berbakti bersama kelab sejak tahun 2012 dan dianggap antara pemain penting dalam perjalanan pasukan selama lebih sedekad.
Kelab turut mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan ketiga-tiga pemain sepanjang bersama DPMM FC.
Post a Comment