Syarikat penganjur sukan antarabangsa, TEG Sport mengumumkan perlawanan persahabatan berprofil tinggi membabitkan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC menentang juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC (JDT).
Perlawanan tersebut dijadual berlangsung pada Selasa, 11 Ogos 2026 dengan sepak mula jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti 34,000 penonton.

Aksi itu bakal menjadi peluang istimewa buat penyokong bola sepak tempatan menyaksikan JDT membawa cabaran Malaysia menentang salah satu kelab terbesar England di laman sendiri.
Bagi Chelsea, perlawanan ini merupakan sebahagian persiapan pramusim menjelang kempen 2026/27, manakala JDT pula bakal diuji dengan cabaran besar menentang pasukan elit Eropah.
Post a Comment