Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan empat pegawai perlawanan dari Qatar bagi mengadili aksi Final Piala Malaysia 2025/2026 antara Johor Darul Ta’zim FC dan Kuching City FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 23 Mei 2026.
Mereka terdiri daripada Mohammed Ahmed Al Shammari selaku pengadil utama, dibantu Yousuf Aref Al Shamari dan Khaled Aiad Khalaf sebagai penolong pengadil, manakala Meshari Ali Alshamari bertindak selaku pengadil VAR.

Kesemua mereka merupakan Pengadil FIFA dan Pengadil Elite AFC yang berpengalaman mengendalikan kejohanan antarabangsa termasuk Piala Dunia B-17 FIFA serta Final Qatar Emir Cup.
Pelantikan itu dibuat selepas FAM menerima permohonan rasmi daripada Malaysian Football League(MFL) bagi memastikan perlawanan akhir edisi ke-99 Piala Malaysia dikendalikan pengadil berprofil tinggi.
FAM sebelum ini turut pernah menggunakan khidmat pengadil luar negara dari Jepun bagi Final Shopee Piala FA 2019.
Post a Comment