
Selepas setahun tanpa aksi, bekas pemain import Johor Darul Ta’zim FC, Roque Mesa, akhirnya kembali membuat penampilan sulung bersama kelab baharunya, Ratchaburi FC.
Mesa dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Thomssawat Limwannasthian pada minit ke-68 ketika aksi suku akhir pertama saingan ACL 2 menentang Gamba Osaka, dan sempat beraksi selama 24 minit.
Ketika bersama JDT, Mesa hanya sempat beraksi selama 24 minit dalam penampilan pertamanya menentang Central Coast Mariners FC sebelum bekas pemain tengah Sporting Gijon itu mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).
Keputusan penuh menyaksikan Ratchaburi FC terikat dengan Gamba Osaka hasil jaringan pertahanan tinggi lampai Malaysia, Daniel Ting. Sementara itu, gol Gamba Osaka hadir lewat permainan menerusi pemain gantian, Gaku Nawata, pada minit ke-84.
Post a Comment