TFC SAHKAN AKHAR RASHID PATAH TULANG SELANGKA

Pasukan Terengganu FC mengesahkan pemain sayap mereka, Akhyar Rashid, mengalami kecederaan kepatahan tulang selangka di bahagian kanan selepas menjalani pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan kelab.


Menurut kenyataan rasmi pihak pengurusan, kecederaan tersebut disahkan selepas penilaian perubatan dilakukan terhadap pemain berusia 25 tahun itu.


Berdasarkan penilaian awal pasukan perubatan, Akhyar dijangka memerlukan tempoh pemulihan sekitar empat ke enam minggu sebelum dibenarkan kembali menjalani latihan penuh serta menyertai pasukan dalam perlawanan kompetitif.

Post a Comment

Previous Post Next Post