
Salah seorang pemain import Kelantan FC telah menghubungi 433 Malaysia petang tadi bagi memberi makluman berkaitan kemaskini terbaharu berkaitan tuntutan gaji.
Pemain import yang beraksi di posisi penyerang itu pernah beraksi ketika era Norizam Tukiman, atau lebih dikenali sebagai Bos Zam, mengemudi gergasi Pantai Timur tersebut selaku pemilik kelab.
Penulis secara peribadi memilih untuk merahsiakan identiti pemain import berkenaan. Namun begitu, beliau telah menunjukkan kepada 433 Malaysia satu surat rasmi daripada FIFA berkaitan tuntutan tunggakan gaji tersebut.
Walau bagaimanapun, surat tersebut menyatakan bahawa pemain itu perlu menuntut tunggakan berkenaan terhadap Kelantan Red Warriors FC, yang kini beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Post a Comment