KELANTAN RED WARRIOR PASUKAN TERBAHARU KENA SEKATAN DARI FIFA

Kelantan Red Warrior FC, yang kini beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026, muncul sebagai pasukan terbaharu dari Malaysia yang dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA berkuat kuasa 16 April 2026.


Tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada tunggakan bayaran melibatkan seorang pemain import Kelantan FC ketika era pengurusan Norizam Tukiman, atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.


Menurut peraturan badan induk bola sepak dunia itu, sekatan berkenaan boleh ditarik balik sekiranya semua tunggakan berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab.


Bagaimanapun, situasi ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan memandangkan pasukan di bawah pengurusan Zamsaham tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan Kelantan Red Warrior FC yang kini beraksi dalam saingan Liga Semi Pro.

Post a Comment

Previous Post Next Post