AJDIN MUJAGIC DURI DALAM DAGING BUAT SABAH FC

Sebelum ini, Ajdin Mujagic sekadar menyaksikan pasukannya, Sabah FC, dibelasah 8-0 oleh gergasi selatan tanah air dalam aksi ke-5 Liga Super, dan tewas 5-0 kepada JDT dalam final Piala FA 2025/26.


Namun, selepas separuh musim bersama Sang Badak, ketajaman Ajdin menarik perhatian Johor Darul Ta’zim (JDT). Kelab itu mengumumkan pemain itu, penjaring terbanyak Piala FA 2025/26, sebagai pemain baharu mereka melalui video rasmi di Facebook JOHOR Southern Tigers, menjelang penutup jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.


Kini, Ajdin menjadi duri dalam daging buat bekas pasukannya, berjaya menjaringkan dua gol ketika JDT menang besar 6-1 di Likas.

Post a Comment

Previous Post Next Post