
Pasukan PDRM FC akhirnya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Kemenangan itu menjadi yang kedua buat The Cops musim ini, dengan kejayaan terakhir mereka direkodkan lima bulan lalu apabila menundukkan lawan sama 3-1 di venue yang sama pada September.
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-26 menerusi jaringan Muhammad Eizrul Ashraf Nor Effendy yang menyempurnakan hantaran menarik Park Taesu. Rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan TRW, Damyan Damyanov.
Walaupun meraih tiga mata berharga, skuad kendalian Eddy Gapil masih kekal di tangga tercorot liga dengan 10 mata daripada 17 perlawanan. Sementara itu, Kelantan TRW terus menghuni kedudukan ke-10 selepas mengumpul 15 mata setakat ini.
Post a Comment