Status pemain import baharu Selangor FC, Mahame Siby akhirnya terjawab apabila beliau kelihatan berada di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya ketika perlawanan melibatkan Selangor FCmenentang Imigresen FC.
Sebelum ini, ketiadaan Siby menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong setia Merah Kuning. Kali terakhir beliau beraksi bersama Selangor adalah sekitar pertengahan Januari lalu ketika menentang Negeri Sembilan FC.
Namun, kehadiran beliau di stadium malam ini menjawab segala spekulasi mengenai statusnya bersama pasukan. Difahamkan, pemain itu masih kekal bersama Selangor dan berkemungkinan sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan.
Kehadirannya secara tidak langsung memberi sedikit kelegaan kepada para penyokong yang sebelum ini tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini pemain tengah import tersebut.
Post a Comment