EXCO SUKAN NAFI SSI MILIK KERAJAAN JOHOR

Kerajaan Negeri Johor menafikan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bukan milik Johor Darul Ta’zim FC (JDT).


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Mohd Hairi Mad Shah menegaskan bahawa SSI adalah hak milik JDT di bawah naungan DYAM Pemangku Sultan Johor. Menurut beliau, kenyataan yang tersebar itu tidak berasas dan boleh mengelirukan masyarakat.


Beliau turut menjelaskan bahawa operasi dan penyelenggaraan stadium dikendalikan oleh Perbadanan Stadium Negeri Johor (PSNJ), manakala JDT memberi fokus kepada pengurusan dan prestasi pasukan.


Katanya, model pemisahan peranan ini selari dengan amalan profesional kelab elit dunia dan menjadi antara faktor kejayaan berterusan JDT. Kerajaan negeri kekal komited memastikan SSI diurus secara profesional serta menjadi kebanggaan rakyat Johor.

Post a Comment

Previous Post Next Post