JUAN TORRES JADI PILIHAN KEMUDI SABAH FC

Sabah FC secara rasmi melantik bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan, Juan Torres Garrido, sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan itu.


Pelantikan pengendali kelahiran Sepanyol itu diumumkan Pengurus Sabah FC, Mohd Arziz Afizy, hari ini.


Menurut Arziz, Juan Torres mengambil alih tugas daripada Alto Linus yang sebelum ini menggalas peranan sebagai Pemangku Ketua Jurulatih susulan perletakan jawatan Jean-Paul de Marigny pada Disember lalu. 


Alto kini kembali menjalankan tugas sebagai Penolong Ketua Jurulatih.


“Juan Torres akan memulakan tugas rasminya dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Sabtu ini,” katanya.


Arziz berkata, pengalaman Juan Torres mengendalikan Skuad B-23 negara serta pengetahuannya mengenai Liga Malaysia menjadi antara faktor utama pemilihannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post