
Penyerang Import Terengganu FC,Gervane Kastaneer, 29, terus mencuri perhatian apabila tersenarai ke Piala Dunia 2026 bersama skuad kebangsaan Skuad Kebangsaan Curaçao
Bersama Skuad Kebangsaan Curacao, Beliau telah meledak 9 gol serta pernah menjaringkan satu hatrik ketika menentang Saint Lucia dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Jun tahun lalu.

Kastaneer membuat penampilan sulung antarabangsa bersama Curaçao pada Oktober 2018 dalam kemenangan 5-0 ke atas Kepulauan Virgin Amerika Syarikat dalam saingan Concacaf Nations League.
Meskipun pernah beraksi bersama beberapa nama besar seperti Frenkie de Jong dan Denzel Dumfriesketika bersama skuad Belanda B-21, pemain yang mesra dengan panggilan “Kasta” itu mengakui Curaçao sentiasa dekat di hatinya dan dianggap sebagai tanah air sendiri.
Curaçao turut bakal mencipta sejarah di Piala Dunia 2026 apabila muncul negara dengan jumlah populasi serta keluasan tanah terkecil pernah layak ke kejohanan berprestij itu.
Post a Comment