
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gagal mencari kemenangan ke atas Buriram United apabila tewas 1-3 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Shopee yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kekalahan ini bukan sahaja menjejaskan peluang Harimau Selatan untuk mara ke final, malah mencatat sejarah pahit apabila ia menjadi kekalahan pertama JDT di laman sendiri sejak Mac 2025 juga kepada lawan yang sama.

Berdasarkan rekod lima pertemuan terakhir, JDT masih belum mampu menundukkan kelab dari Thailand itu. Malah, Buriram dilihat semakin selesa setiap kali bertemu wakil Malaysia tersebut, termasuk beberapa kemenangan penting serta keputusan seri yang memihak kepada mereka dari segi psikologi.
Dalam perlawanan terbaru ini, Buriram tampil lebih tajam dan tersusun, memanfaatkan peluang dengan baik untuk membawa pulang kelebihan dua gol ke aksi timbal balik. JDT pula dilihat bergelut untuk menembusi pertahanan lawan walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Situasi ini memberi tekanan besar kepada skuad kendalian Xisco Munoz menjelang perlawanan kedua, yang memerlukan kebangkitan luar biasa jika ingin mengubah nasib dan menamatkan badi ke atas Buriram.
Post a Comment