HOLGADO DIJANGKA SERTAI LATIHA AMERICA DE CALI SECEPAT MUNGKIN

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membuat keputusan memihak kepada penyerang Argentina, Rodrigo Holgado, sekali gus membenarkan beliau kembali beraksi dalam perlawanan rasmi.


Menurut laporan yang disiarkan oleh laman americaenlared, keputusan tersebut membolehkan Holgado meneruskan kerjayanya tanpa sekatan dan beraksi dengan kuat kuasa serta-merta. Pemain berusia 28 tahun itu masih berada di bawah kontrak bersama kelab Colombia, América de Cali.


Keputusan CAS ini dilihat mampu memberi suntikan penting kepada América de Cali, khususnya dalam memperkukuh jentera serangan pasukan menjelang saingan akan datang. Penyokong kelab turut menyambut baik perkembangan ini selepas tempoh ketidaktentuan yang melibatkan status pemain berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post