FIFA ARAHKAN SEMUA AHLI GABUNGAN TARIK SEMULA PENGGANTUNGAN 7 PEMAIN HARIMAU MALAYA

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi memaklumkan kepada persatuan ahli dan konfederasi berkaitan mengenai pelaksanaan keputusan Tribunal Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes rayuan beberapa pemain, termasuk Facundo Garcés.


Menerusi surat bertarikh 26 Januari 2026, FIFA mengesahkan bahawa hukuman penggantungan selama 12 bulan yang sebelum ini dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA telah digantung secara sementara, selaras dengan perintah langkah interim (provisional measures) yang dikeluarkan oleh CAS.


Sehubungan itu, semua persatuan ahli dan konfederasi diminta untuk menarik balik penggantungan pemain berkenaan di peringkat domestik dan benua sepanjang tempoh penggantungan sementara ini berkuat kuasa.


Keputusan muktamad kes tersebut hanya akan ditentukan selepas CAS membuat keputusan penuh terhadap merit rayuan yang dikemukakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post