NEYMAR TERENGGANU TINGGALKAN PASUKAN


Pemain sayap lincah dari Brazil, Gabriel Silva, secara rasminya meninggalkan pasukan Terengganu FC.


Perkara tersebut disahkan selepas pemain berusia 29 tahun itu membuat satu pengumuman penting menerusi laman Instagram peribadinya sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya bersama skuad Sang Penyu.


Menurut kenyataan yang dikongsikan, keputusan untuk meninggalkan Terengganu FC dibuat atas faktor urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan, dan ia sama sekali tidak berkait dengan pihak kelab mahupun rakan sepasukan.


Sepanjang bersama Terengganu FC, Gabriel Silva telah membuat 14 penampilan dalam semua pertandingan, termasuk saingan Liga Super dan Piala Malaysia. Dalam tempoh tersebut, beliau berjaya menyumbangkan tiga jaringan gol dan satu bantuan gol, sekali gus memberikan impak positif di bahagian sayap pasukan.


Pemergian Gabriel Silva pastinya meninggalkan kekosongan dalam skuad Terengganu FC, namun pihak kelab dan penyokong dijangka menghormati keputusan yang dibuat demi kepentingan keluarga pemain tersebut


Post a Comment

Previous Post Next Post