KIM PAN GON “IS BACK” DEMI SELANGOR FC


Selangor FC hari ini mengumumkan pelantikan Kim Pan-Gon sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan utama Red Giants bagi baki musim 2025/26 dan seterusnya.


Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bukan nama asing dalam bola sepak Malaysia selepas berjaya meningkatkan ranking FIFA skuad kebangsaan daripada 154 ke 134 antara 2022 hingga 2024, selain membawa Harimau Malaya layak ke Piala Asia AFC secara merit buat kali pertama sejak 1980.


Sementara itu, Selangor FC turut mengumumkan pelantikan Christophe Gamel sebagai Pengarah Teknikal dengan fokus utama terhadap pembangunan pemain muda. Pihak pengurusan yakin gabungan kepimpinan Kim Pan-Gon dan kepakaran Gamel mampu membawa Red Giants ke tahap lebih tinggi.



Post a Comment

Previous Post Next Post