ARHAM BANGGA CIPTA SEJARAH BARU BERSAMA KELAB BARU

Kapten Kelantan Red Warrior FC, Arham Khussyairi, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberi kepercayaan memimpin pasukan baharu itu pada musim pertamanya, sekali gus berjaya mencipta sejarah dengan melayakkan kelab ke Piala Malaysia.


Menurut Arham, kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian besar buat kelab kerana ini adalah kali pertama Kelantan Red Warrior FC layak ke kejohanan berprestij itu, hasil komitmen dan kerja keras seluruh pasukan sepanjang musim.


“Alhamdulillah, secara keseluruhan saya amat gembira bersama pasukan baharu ini. Layak ke Piala Malaysia adalah satu sejarah baharu untuk kelab,” katanya.


Mengulas mengenai sasaran pasukan, Arham menjelaskan fokus utama Kelantan Red Warrior FC adalah untuk memberikan persembahan terbaik dan berusaha melepasi pusingan 16 terbaik (R16). Beliau percaya pengalaman beraksi di Piala Malaysia amat penting sebagai proses pembelajaran sebelum pasukan bersedia melangkah ke Liga Super.


“Kami akan buat sehabis baik untuk lepas R16. Dari situ kami dapat belajar sesuatu sebelum melayakkan diri ke Liga Super,” tambahnya.


Semangat kepimpinan yang ditampilkan Arham Khussyairi jelas menjadi pemangkin kepada kejayaan Kelantan Red Warrior FC, sekali gus meniup harapan baharu buat penyokong setia bola sepak Kelantan.

Post a Comment

Previous Post Next Post