Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa Nilai City SC secara rasmi menarik diri daripada saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2025.
Menurut kenyataan FAM, keputusan itu dibuat selepas kelab berkenaan menghadapi isu perlanggaran kontrak melibatkan beberapa pemain utama yang gagal menghadiri latihan dan perlawanan.
Susulan penarikan diri tersebut, semua keputusan tujuh perlawanan terdahulu melibatkan Nilai City SC dibatalkan. Ini termasuk kemenangan ke atas PJ Champz FC dan Canaan FC, serta seri menentang ATM.
Dua lagi aksi yang sepatutnya berlangsung minggu ini menentang USMKK FC dan Kuala Lumpur 2 turut dibatalkan.
FAM turut memaklumkan bahawa Nilai City SC boleh dikenakan tindakan lanjut termasuk denda atau penggantungan, tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai serta Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Kemaskini carta MPFL Divisyen 2 2025 hanya akan dibuat selepas berakhirnya Hari Perlawanan 9, hari ini.
Post a Comment