DAPAT LESEN TAPI MFL UMUM SRI PAHANG TARIK DIRI


Malaysian Football League (MFL) telah memberi pengesahan berkaitan status penyertaan Sri Pahang FC yang kini sah tidak menyertai saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 meskipun telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan bagi musim berkenaan.

Keputusan itu dimaklumkan secara rasmi menerusi surat pengesahan bertarikh 16 Jun 2025 yang dikemukakan kepada pihak penganjur liga.

Langkah mengejut ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, apatah lagi Sri Pahang merupakan antara pasukan bersejarah dalam arena bola sepak tempatan.

Setakat ini, pihak kelab masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai sebab sebenar di sebalik penarikan diri tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post