DPMM FC SAH SERTAI LIGA MALAYSIA SEHINGGA MUSIM 2028


Kelab profesional Brunei, DPMM FC, kini sah menyertai Liga Malaysia bermula musim 2025 hingga 2028 selepas memeterai perjanjian rasmi bersama Malaysian Football League (MFL) hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian penyertaan berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dengan disaksikan oleh Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, serta wakil tertinggi kedua-dua pihak.

DPMM FC akan kembali beraksi dalam Liga Super Malaysia buat pertama kali sejak penyertaan terakhir mereka pada musim 2008, sekali gus menghidupkan semula hubungan bola sepak bersejarah antara Malaysia dan Brunei.

Menurut Dato’ Ab Ghani, kehadiran DPMM FC bukan sahaja memperkukuh nilai kompetitif liga, malah mengukuhkan kerjasama dua hala dalam pembangunan bola sepak serantau.

“Ini adalah langkah strategik yang membuka peluang baharu kepada Liga Malaysia.Dengan profesionalisme dan pengalaman DPMM FC, kami percaya penyertaan ini mampu membawa impak positif kepada jenama Liga Super,” katanya.

Pengurus Besar DPMM FC, Md Ali Haji Momin, turut melahirkan rasa teruja untuk kembali ke pentas Liga Malaysia selepas beraksi di Liga Singapura.

“Kami harap penyertaan ini memberikan pengalaman baharu kepada pemain serta menyemarakkan saingan Liga Super. Penyokong di Brunei juga pasti menantikan aksi DPMM FC di Malaysia,” ujarnya.

Perjanjian ini menandakan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan bola sepak ASEAN, sekali gus menyuntik dimensi baharu dalam saingan domestik tanah air.

Post a Comment

Previous Post Next Post