MFL AKAN TAMBAH BAIK 4 PERKARA BERKAITAN VAR


VAR (Video Assistant Referee) pertama kali diperkenalkan dalam Liga Malaysia pada musim 2024 sebagai satu langkah besar dalam usaha meningkatkan mutu pengadilan dan keadilan dalam perlawanan bola sepak tempatan.

Rancangan bual bicara sensasi , Nindia Bola yang disiarkan di Astro Arena berjaya mendapatkan pemangku Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL) iaitu Encik Mohd Shazli Shaik Mohd.

Antara soalan yang diutarakan oleh moderator serta panel jemputan program berkaitan penambahbaikan pihak MFL untuk sistem VAR pada masa akan datang.

“Sudah tentu selepas perlawanan kita akan adakan minta laporan & sesi “brainstorming” diantara pengadil VAR & FAM , hal ini kerana semua berkaitan pengadilan dibawah kuasa FAM, antaranya seperti“

1)Mengemaskini versi terbaharu dalam sistem serta teknologi VAR 

2)MFL juga akan menambah baik sistem VAR untuk musim akan datang dengan menambah perkara berikut :

3)Memperbaiki sistem garisan offside 

4)Menambah bilangan kamera disetiap sudut untuk membantu pengadil membuat semakan serta keputusan

Post a Comment

Previous Post Next Post