FIB PERLU MASA UNTUK SEMAK 387 DOKUMEN


Badan bebas First Instance Body (FIB) dalam kemas kini terbaharu telah  memaklumkan bahawa proses semakan dokumen yang dimuatnaik oleh semua kelab bagi permohonan Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super 2025-2026 masih dijalankan.

Menerusi Pengerusinya,Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menyatakan bahawa jawatankuasa FIB memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semakan dengan teliti terhadap 387 Dokumen dan ‘Entries’ daripada setiap kelab Liga Super manakala 98 Dokumen dan ‘Entries’ oleh kelab Liga A1 Semi-Pro yang telah dimuatnaik sebelum tarikh tutup 10 Mei lalu.

Dokumen dan ‘Entries’ berkenaan adalah melibatkan kriteria Kewangan, Perniagaan, Kakitangan & Pentadbiran, Perundangan, Sukan dan Infrastruktur yang dimuatnaik oleh setiap kelab dalam Sistem Pelesenan AFC CLAS.

Selesai proses semakan semua dokumen berkenaan, pihak FIB akan membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan permohonan Lesen Kebangsaan 2025-2026.

Post a Comment

Previous Post Next Post