Kuala Lumpur (KL) City FC, Kelantan Darul Naim (KDN) FC, dan PDRM FC antara pasukan yang menerima lesen secara bersyarat dari pihak Badan Bebas First Instance Body (FIB) kerana mereka perlu memberikan dokumen kewangan tambahan kepada MFL selewat-lewatnya pada 31 Mei.
Kegagalan mematuhi ketetapan berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC ditarik balik oleh FIB.
Antara tiga kelab berkenaan, skuad Kijang Emas menjadi soroton susulan bekas pemain mereka iaitu Jasmir Mehat mendedahkan bahawa mereka masih mengalamai tunggakan gaji, caruman tidak dibayar, dan kegagalan menyediakan perlindungan insurans
Lebih mengejutkan, pemain tengah itu turut mendedahkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) didakwa tidak dibayar walaupun potongan sudah dilakukan ke atas gaji pemain.
Setakat ini, tiada kenyataan balas rasmi daripada pihak pengurusan pasukan terbabit namun, isu ini dijangka mencetuskan persoalan bagaimana Lesen Kebangsaan KDN FC boleh diluluskan bersyarat oleh MFL.
Post a Comment