Negeri Sembilan FC dalam kemaskini terbaharu mereka di laman sosial media rasmi telah mengumumkan jenama sukan terkenal dari Thailand, Warrix selaku penaja pakaian bermula 2025 sehingga 2027.
Dimaklumkan bahawa Warrix akan menaja kelengkapan pakaian skuad Jang seperti kit rasmi “home” dan “away” , kit latihan serta kelengkapan sukan yang lain.
Warrix Sport adalah sebuah syarikat pembuatan sukan Thailand yang ditubuhkan pada tahun 2013 yang menghasilkan jersi, pakaian sukan, peralatan latihan, dan sebagainya.
Bermula dari Januari 2017, WARRIX merupakan penaja utama untuk Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Thailand. Jenama ini membuat penampilan rasmi pertama dengan menaja pasukan Thai League, Chiangmai F.C. dan Nakhon Ratchasima F.C. pada tahun 2014.
Post a Comment