Dalam kemaskini terbaharu dari Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL.
Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.
Buat sementara ini, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.
Giorgio Pompili Rossi sebelum ini dilantik pada 4 september 2024 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kini disahkan tidak lagi bersama MFL.
Post a Comment