Kapten Burnley, Josh Brownhill dilihat telah memuat naik tentang status dirinya yang sebelum ini hangat dikaitkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya di Story Instagram peribadi milik beliau sendiri.
Beliau menyatakan bahawa beliau merupakan rakyat England dan tidak mempunyai pertalian darah Malaysia seperti yang telah di gembar - gemburkan.
"Saya ingin menjelaskan tentang situasi beberapa khabar angin yang tersebar. Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya adalah Inggeris dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang disangka oleh sesetengah orang"
Dalam masa yang sama, Josh Brownhill turut menyatakan penghargaan buat seluruh penyokong yang telah menyokong belai selama ini.
"Saya tidak pasti bagaimana semua ini bermula, tetapi saya ingin menjelaskannya. Walau bagaimanapun, terima kasih atas sokongan yang diberikan"
Brownhill, 29, sebelum ini didakwa memiliki pertalian darah dengan negara ini dari sebelah neneknya.
Terdahulu, terdapat beberapa laporan melaporkan sekurang-kurangnya lapan tonggak berdarah warisan yang dikategorikan sebagai pemain gred 'A' di Eropah bakal memperkuatkan skuad negara selepas ini.
Post a Comment