PENYOKONG PERSOAL ANTARA NOMBOR JERSI DAN PRESTASI MUKHAIRI?

Mukhairi Ajmal antara 2 pemain yang dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Kuching City FC.Beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama, namun persembahannya dilihat kurang memuaskan hati para penyokong.


Situasi bertambah sukar buat Selangor FC apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah pada minit ke-52. Hanya 11 minit kemudian, Mukhairi Ajmal turut menerima nasib yang sama selepas kehilangan bola sebelum melakukan terjahan ke atas pemain Kuching City, Jimmy Raymond.


Selangor FC terpaksa beraksi dengan sembilan pemain, manakala Kuching City kekal dengan 11 pemain dan mendahului perlawanan dengan jaringan 1-0.


Aksi di Stadium Negeri Kuching berakhir dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Selangor FC terpaksa akur tewas 1-0 pada perlawanan tersebut dan 2-1 secara agregat, sekali gus menamatkan hasrat mereka untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia musim 2025/2026.

Post a Comment

Previous Post Next Post