GABRIEL PALMERO MULA JALANI LATIHAN BERSAMA KUCHING CITY FC

Kuching City FC mengesahkan pengambilan bek kiri negara, Gabriel Palmero, bagi memperkukuh pertahanan pasukan dalam saingan Liga Super.

Palmero, 24, sebelum ini digantung 12 bulan oleh FIFA kerana isu pemalsuan dokumen, namun kembali mendapat peluang selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan muktamad.


Langkah berani Kuching City bukan sahaja menambah kualiti pasukan, malah memberi peluang kedua buat Palmero menghidupkan semula kariernya yang terjejas akibat kontroversi tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post