FIFA TARIK BALIK SEKATAN PERPINDAHAN KRW FC

Pasukan Kelantan Red Warrior FC (KRW) kini menerima suntikan semangat baharu apabila Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah menarik balik sekatan perpindahan yang sebelum ini dikenakan ke atas pasukan tersebut bermula pertengahan Disember 2025.


Sekatan berkenaan pada asalnya dikenakan susulan laporan yang dibuat oleh bekas staf kejurulatihan TRW Kelantan FC berhubung isu tunggakan pembayaran gaji. Namun begitu, hasil penelitian dan semakan lanjut mendapati perkara tersebut berpunca daripada kekeliruan.


Sehubungan itu, FIFA telah mengambil keputusan untuk menarik balik sekatan perpindahan berkenaan, sekali gus membuka ruang kepada KRW FC untuk kembali aktif dalam urusan pendaftaran dan perpindahan pemain.


Perkembangan positif ini dijangka memberi kelegaan besar kepada pihak pengurusan serta penyokong setia pasukan, selain menjadi tonik penting dalam usaha KRW FC memperkukuh skuad bagi menghadapi saingan akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post