Berikutan insiden perlanggaran diantara pemain pertahanan Al-Ahli SC, Ali Majrashi dan penyerang Johor Darul Takzim, Jairo Da Silva ketika aksi suku akhir ACLE baru-baru ini, antara perkara yang menarik perhatian penyokong Al-Ahli ialah apabila ada segenlintir penyokong tempatan dari Malaysia menyatakan kesudian untuk memaafkan kesalahan Ali Majrashi dengan memberi syarat supaya Al-Ahli memberikan bekas penyerang Leicester City, Riyad Mahrez dan penyerang Porto, Galeno menyertai Johor Darul Takzim.


Perkara ini juga mendapat reaksi dari penyokong tempatan disana dengan rata-rata mengatakan ia sesuatu yang sukar dilakukan kerana kelab amat memerlukan dua tonggak ini dalam setiap perlawanan.
Post a Comment