
Penyerang kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bersara sepenuhnya daripada bola sepak profesional selepas digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sehingga September depan.
Penggantungan itu dikenakan susulan ketidakteraturan dalam proses pemanggilannya ke skuad kebangsaan Malaysia, yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan dan antarabangsa.
Walaupun masih terikat dengan kelab Mexico, Club América, Holgado dilaporkan tidak menerima sebarang imbuhan sepanjang tempoh penggantungan tersebut, sekali gus menjejaskan masa depan kariernya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pemain, kelab atau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan muktamad mengenai masa depan penyerang berusia 29 tahun itu.
Post a Comment