TERLALU BOROS PUNCA KELAB DIHIMPIT MASALAH KEWANGAN


Isu kewangan terus membelenggu beberapa kelab, dengan contoh paling ketara ialah penyingkiran Kelantan FC daripada Liga Super selepas gagal mematuhi syarat pelesenan kelab akibat masalah pembayaran gaji pemain serta pegawai.Terbaharu Perak FC bersama Sri Pahang FC juga dilihat sedang bergerak ke arah yang sama.

Kegagalan ini menjejaskan kestabilan liga dan menimbulkan persoalan tentang keupayaan kelab untuk beroperasi secara profesional.

Selain itu, walaupun pelbagai pelan serta langkah telah dibuat oleh Malaysia Football League (MFL) untuk menggalakkan pengurusan kewangan yang berhemah, banyak kelab masih berbelanja melebihi pendapatan mereka. 

Namun ianya seolah-olah tidak berkesan, masalah kewangan ini berpunca dari sikap sesetengah kelab yang sering melakukan pembaziran seperti :

1) Memberikan gaji/elaun yang terlalu tinggi untuk pemain 

2) Mengambil / membeli pemain import yang dengan harga/gaji yang mahal

Antara langkah yang penulis cadangkan untuk mengatasi masalah ini ialah :

1) Hadkan jumlah maksimum perbelanjaan kelab berdasarkan pendapatan sebenar kelab.

2) MFL boleh menetapkan bajet siling tahunan untuk gaji pemain, termasuk pemain import.

3) Pendaftaran Pemain Berdasarkan Kemampuan Kewangan

Post a Comment

Previous Post Next Post