PENYOKONG SELANGOR HARAP MFL DAPAT AMBIL TINDAKAN TERHADAP KL EXTENSION

Rata-rata penyokong Selangor FC mempersoalkan kemenangan KL City Extension dalam aksi ke 23 saingan Piala MFL yang berlangsung pada petang tadi selepas skuad muda Ibu Kota itu menurukan pemain senior ke skuad bawah 23 tahun.

Antara pemain senior & import yang diturunkan KL City Extension ialah : 

▪️Azri Ghani

▪️Paulo Josue 

▪️Ryan Lambert

▪️Giangcarlo Gallifuoco

▪️Jova Motila

Turut mencuri perhatian apabila ada segelintir penyokong Selangor FC mengharapkan agar MFL dapat mengambil tindakan ke atas KL City Extension dengan memberikan kemenangan 3-0 kepada Selangor FC bawah 23 tahun.

Misi skuad Selangor FC bawah 23 tahun kini untuk memintas kedudukan Johor Darul Takzim bawah 23 tahun kini terbantut apabila tumpas 3-4 berdepan KL City Extension petang tadi


📸 : Selangor FC

Post a Comment

Previous Post Next Post